Monday, January 11, 2010

ADAB MURID-MURID KEPADA GURU SEMASA BELAJAR


                    ASSALAMUALAIKUM  DAN AHLAN WASAHLAN WAMARHABANBIKUM BUAT SEMUA YANG MENGUNJUNGI BLOG SKKR INI.ALHAMDULILLAH FASA PERSEKOLAHAN YANG BARU TELAH PUN BERMULA HAMPIR SEMINGU...BERSAMA AZAM DAN KETEKUNAN YANG BARU DAPAT DILIHAT PADA MURID-MURID TERUTAMA PELAJAR TAHUN SATU YANG  BARU MENJEJAKI ALAM PERSEKOLAHAN.WALAUPUN SEBELUM INI ADA YANG TELAH DIDEDAHKAN DENGAN PRA SEKOLAH DAN JUGA TADIKA,AKAN TETAPI KEBANYAKAN DARIPADA MEREKA MASIH JANGGAL UNTUK BERADA DALAM SITUASI PEMBELAJARAN TERSEBUT.KADANG BERMACAM RAGAM DAPAT KITA PERHATIKAN.ADA YANG MENANGIS,MERAJUK TIDAK MAHU BELAJAR DAN ADA YANG IBUBAPA TERPAKSA MENUNGGU DARI AWAL HINGGA AKHIR PERSEKOLAHAN.BEGITULAH PERMULAAN AWAL KANAK-KANAK YANG DIHANTAR KE SEKOLAH.BAGI YANG BERGELAR IBU MUGKIN LEBIH ARIF LAGI MENYELAMI HATI DAN PERASAAN ANAK-ANAK MEREKA.SETELAH ANAK-ANAK DIHANTAR KE SEKOLAH,MAKA SECARA AUTOMATIKNYA GURU MENGAMBIL ALIH TANGGUNGJAWAB HAL KEBAJIKAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI MURID KERANA KITA BUKAN SAHAJA SEBAGAI GURU BAHKAN SEBAGAI IBU JUGA BAPA KEPADA MEREKA SEPANJANG MEREKA BERADA DI SEKOLAH.BANYAK PERKARA YANG PATUT DIAJAR DAN DIASUH KEPADA MURID-MURID AGAR MENJADI INSAN YANG KAMIL DI DUNIA DAN AKHIRAT...


 ADAB MURID-MURID KEPADA GURU SEMASA BELAJAR
  • BILA BERDEPAN DENGAN GURU HENDAKLAH MENDAHULUKAN DENGAN SALAM.
  • JANGAN BANYAK BERCAKAP-CAKAP DENGAN GURU.
  • JANGAN BERKATA YANG TIDAK DISURUH OLEH GURUNYA.
  • JANGAN BERTANYA DENGAN GURU MELAINKAN MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU
  • JANGAN BANDINGKAN AJARAN GURUNYA DENAN AJARAN GURU YANG LAIN
  • JANGAN MEMBEI ISYARAT TATKALA GURNYA TERSALAH PENYAMPAIAN.
  • JANGAN BERBISIK-BISIK DIHADAPAN GURUNYA.
  • JANGAN MEMBANYAKKAN PERTANYAAN TERHADAP GURUNYA
  • APABILA GURU DATANG KEMUDIAN,HENDAKLAH BERDIRI MENYAMBUTNYA.
  • JANGAN BERPALING KEKIRI KEKANAN KETIKA BELAJAR DIHADAPAN GURUNYA.
  • JANGAN JAHAT SANGKA TERHADAP GURUNYA.
PERINGATAN : SESIAPA YANG TINGGI ADABNYA TERHADAP GURU-GURUNYA,DENGAN IZIN ALLAH AKAN CEPAT BERTAMBAH ILMUNYA


NASIHAT LOKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKYA.

BERKATA LOKMAN AL-HAKIM KEPADA ANAKNYA."WAHAI ANAKKU SEPANJANG HIDUPKU,AKU DAPAT MEMILIH LAPAN KALIMAH DARI PUSAKA PARA NABI-NABI YANG LALU"
  1. APABILA ENGKAU MENGERJAKAN SMBAHYANG DAN BERIBADAT KEPADA ALLAH.JAGALAH BAIK-BAIK FIKIRANMU.
  2. APABILA ENGKAU BERADA DIRUMAH ORANG LAIN,HENDAKLAH ENGKAU MENJAGA MATAMU.
  3. APABILA ENGKAU BERADA DITENGAH-TENGAH MAJLIS,HENDAKLAH ENGKAU MENJAGA LIDAHMU.
  4. APABILA ENGKAU HADIR DIDALAM JAMUAN,HENDAKLAH ENGKAU MENJAGA PERANGAIMU.
  5. INGATLAH KEPADA ALLAH S.W.T.
  6. INGATLAH AKAN MATI.
  7. LUPAKAN BAUDI BAIKMU KEPDA ORANG LAIN.
  8. LUPAKAN SEMUA KESALAHN ORANG TERHADAPMU.
PERINGATAN : BERAMALLAH KITA DENGAN KATA-KATA HIKMAH INI,SEKIRANYA TIDAK TERDAYA KAMU MEMBUAT KESEMUANYA.BERSAMA-SAMALAH KITA MEMOHON KEPADA ALLAH,SEMUGA KITA TERMASUK DIDALAM KUMPULAN YANG DIREDHAI.AMIN!!....






Blogged with the Flock Browser

0 comments:

Post a Comment

 

. Copyright © 2008 Black Brown Pop Template designed by Ipiet's Blogger Template